Wednesday, January 21, 2009

Bagaimana pun UMNO masih releven tapi pemimpinnya, aduh...masih stereotaip !!

"Kita terima kekalahan ini. Ini adalah pilihan rakyat dan membuktikan proses demokrasi masih subur dan kita akan buat post-mortem dan akan mengenal pasti punca kekalahan ini"..Ha..ha..ha, itulah kenyataan para wazir dan menteri tertinggi UMNO bila kalah dalam setiap pilihanraya kecil mahu pun PRU 12, ikut rentak sifu mereka Al Sheikh Badawi.

Saya sayangkan UMNO tetapi bukan pemimpinnya yang ada hari ini. Pemimpin UMNO yang ada kini tidak boleh diharap, ibaratkan harapkan pagar si lembu dibiarkan makan padi. Bersaranya Dr Mahathir maka malaplah UMNO bersama malapnya Malaysia sejak itu. Betul, pemimpin pergi dan berganti, patah tumbuh hilang berganti tapi dalam kontek ini nampak kabur bilakah agaknya parti UMNO akan dapat pemimpin berkarisma seperti Tun Mahathir. Berkarisma di sini bermaksud boleh bercakap dan bertindak dengan tepat dan jitu dan bukanlah seperti Anwar Ibrahim.

Rasanya UMNO masih memerlukan sentuhan Tun Mahathir selepas era Abdullah !!

Tuesday, January 20, 2009

Jangan menari ikut rentak kafir


Kita, yakni umat islam hari ini sebenarnya tiada kesungguhan dan keikhlasan dalam mempraktikkan ajaran Islam. Kita gemar menghabiskan masa membicara dan bertekak tentang perkara yang remeh temeh yang jika ianya dikaitkan dengan islam. Sebagai contoh, Syed Hamid telah meminta peguam negara meneliti dan mengambil tindakan perundangan terhadap Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penterjemahan bible.
Perlukah kita membuang masa ? Kelak jika ada kes prima facie peguam negara pula kena bawa kes ke Mahkamah meminta perintah larangan terhadap Herald Catholic, masa dan tenaga dan wang ringgit lagi terbuang.

Tidakkah kita terfikir mengapa umat dan agama islam dihina dan dijatuhkan martabatnya mutakhir ini ?..dan jika kita gagal mencari natijahnya kita akan terus hanyut dengan pukulan gendang musuh islam supaya kita menari mengikut rentaknya.

Monday, January 12, 2009

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walau pun saya agak kecewa dengan kepimpinan negara hari ini. Kecewa saya kepada kepimpinan negara hari ini tidaklah bermakna saya turut membenci kepada produk kebanggaan negara. Proton, satu-satunya kereta nasional yang melalui pahit maung, liku-liku yang memanjang sebelum berjaya berada pada tahap kini adalah tidak sama dengan perjalanan Perodua atau Naza yang boleh dikatakan agak senang jika dibandingkan. Namun perkembangan mutakhir ini seolah proton dijadikan kambing hitam oleh politik pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Kerajaan Perak dan Selangor sebagai contoh telah berpaling kepad Toyota Camri dengan alasan kos senggaraan yang tinggi walau pun ianya dinafikan oleh Proton. Sila lihat penafian di www.proton.com.my. Sebenarnya kos yang mungkin tinggi adalah berpunca kerana dua sebab, pertama senggaraan yang tidak teratur sebagaimana sepatutnya dan yang kedua mungkin ada berlaku penyelewengan dibengkel dan dengan pihak yang di amanahkan.

Saya nampak politik Pakatan Rakyat terlalu rasis terhadap UMNO sehinggakan apa-apa sahaja peninggalan dan jasa-jasa kerajaan dari buah pemikiran pemimpin UMNO diketepikan dan dipulaukan tanpa disedari oleh mereka bahawa ianya bagaikan satu bentuk penderhakaan kepada negara. Alasannya Proton masih ada kelemahan dan kekurangan.

Mari kita lihat automaker yang telah berjaya sebagai contoh Mazda. Mazda ditubuhkan pada 1920 dan pada 1929 baru mengeluarkan truck komersial dan passenger car pada 1960 (Ranks as one of the leading aotomakers, hq & factory at Hirosshima). (Ford merupakan pemegang saham terbesar mazda dan volvo).

Begitu juga dengan Toyota, sejarah bermula pada 1890 yang dipelupori usaha oleh Sakichi Toyoda dan kemudian dibangunkan oleh anaknya KiichiroToyoda. Kenderaan penumpang pertama toyota pada 1924 dan diikuti pada 1930 dengan truck yang pertama.

Tujuan saya mengungkitkan sejarah automakers di atas adalah supaya pemimpin politik Pakatan Rakyat membuka mata dan bertimbangrasa dengan proton. Janganlah anda hanya menjadi kerajaan pemboikot pruduk Malaysia dan menukar nama jalan sahaja sebagai jasa dan kenangan kerana kelak anda akan jadi pembangkang secara total pada PRU 13 nanti.