Sunday, March 1, 2009

Perihal imuniti dan penggunaan nama Allah.

Akhir-akhir ini kita sering melihat telatah dan tingkah laku ahli-ahli parlimen, baik di pihak kerajaan atau pembangkang seringkali bertengkar di dalam dewan rakyat, saling tuduh menuduh, maki memaki dan fitnah memfinah. Ini adalah elemen yang tidak sihat dan mempamerkan mutu atau kualiti mp kita terlalu rendah seperti barang skrap yg tidak berharga.



Apakah tujuan sebenar imuniti ahli dewan ? Adakah untuk memfitnah ?.. atau supaya mp boleh buat tuduhan melulu terhadap seseorang atau terhadap organisasi yg menjadi lawan ?

Seperti tuduhan Karpal Singh terhadap Pemuda UMNO yang kononnya menghantar peluru kepada beliau adalah sesuatu yang serius. Atau jika speaker melanggar peraturan mesyuarat, adakah ia kebal ?

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan Nika Aziz menyatakan orang bukan islam boleh menggunakan sebutan Allah dalam tulisan yakni merujuk kepada nama tuhan. Saya rasa inilah kenyataan Nik Aziz yg tidak berbau politik.

Sebenarnya umat islam hari ini terlalu banyak bercakap buatnya tidak, terlalu sebuk dengan isu yang remeh temeh dan yang beratnya tidak, nampak kesalahan orang lain dan sendirinya tidak. Ini adalah kerana tidak lain dan tidak bukan kerana tuntutan politik.

Apalah kita dok pening kepala berkelahi tentang penggunaan nama Allah, bukankah Allah itu Tuhan semesta alam ? Maknanya Allah itu juga tuhan untuk semua manusia tak kira apa agama !

Umat islam sepatutnya meningkatkan kualiti umat, lebih-lebih lagi umat melayu yang sudah teruk bepecah belah dan hilang pedoman dek politik punya pasal !!