Wednesday, October 1, 2008

Adakah masa silam bersalah terhadap masa kini?

Episod (1)

Baru sebentar tadi saya melawat blog The Scribe Datuk A.Kadir Jasin dan saya tertarik dgn komen "anakbuah" yang menuduh kemelut dlm UMNO sekarang berpunca dari kesan zaman 22 tahun Dr Mahathir memerintah,..dan apakah benar demikian gerangannya ?

Saya sama sekali tidak bersetuju yang demikian kerana manusia sifatnya tidak statik, mempunyai akal fikiran dan boleh membaiki, mengubah atau merusakkan sesuatu yang telah dibina sekian lama. Dr Mahathir telah berjaya meletakkan asas2 yang kukuh dan telah berjaya membangunkan negara ini dan selebihnya bergantung kepada Abdullah meneruskan halatuju politik dan agenda untuk memperkasakan Malaysia, dan sudah tentu masa silam tidak bersalah terhadap masa kini !


Episod (2)

HINDRAF sebuah pertubuhan haram telah mendakwa bahawa UMNO telah berdosa kepada kaum India Malaysia, apakah benar demikian gerangannya ?

Tidak masuk akal yang asalnya kaum pendatang, datang ke negara ini beranak pinak dan bercucu cicit dan mendakwa UMNO telah berdosa kepada kaum India, adakah kerana ada segelintir orang India yang miskin dan papa kedana ? Di Malaysia tiada orang dan hampir mustahil ada orang yang miskin papa kedana jika mereka rajin dan menggunakan tulang empat kerat dan natijahnya boleh dilihat puak Indo, kemboja, bangla, Myanmar dan banyak lagi boleh hidup senang lenang..kenapa ? kerana mereka rajin bekerja..dan sesiapa sahaja dibumi bertuah ini akan menjadi jutawan jika kerajinan itu ditambah dengan penggunaan otak yg lebih, yakni berfikir malah orang OKU pun boleh berjaya jika dia tidak putus ikhtiar, jadi orang India nak salahkan apa ?

Ya, UMNO memang bersalah kepada orang Melayu kerana menuntut kemerdekaan dari Inggeris tetapi menerima syarat kemerdekaan dengan memberi kewarganegaraa kepada semua kaum pendatang. Inilah dasar kolonial yang membawa kepada masalah negara masakini dan akan terus meruncing kerana bangsa pendatang yang tidak sedar diri.

6 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

benar, virus dalam UMNO yang rosak itu adalah berpunca daripada orang yang tidakm ikhlas, manakala orang yang ikhlas pula tak mahu masuk UMNO dan lebih selesa menjerit di luar dengan episod drama "UMNO Sudah Rosak", kemudian kita ketawa bersama2 tanpa mahu membantu UMNO, adilkah kita?

Faizal Zakaria's Blog said...

Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

PeminatJutawanMalaysia said...

haha betul ramai yang menyalahkan ini dan itu,tetapi tidak berusaha ke arah menyelamat.... mereka hanya beri komen untuk menjatuhkan orang lain
http://peminatjutawan.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

nak marah macam 2 orang pertikaikan. kalau boleh tuhan pun manusia yang bijak konon mahu komplen juga.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

ramlyotai.blogspot.com

aberamly.wordpress.com

bincang hal kelantan jugak

azizIbrahim said...

Saudara,

Bukan semua kesilapan silam tidak boleh dibetulkan tetapi dua kesilapan oleh Tunku semasa menuntut kemerdekaan tidak boleh dibetulkan lagi:

1-Memberi kerakyatan kepada orang cina dan india.

2-Memberi pendidikan melalui sistem berbagai aliran (sekolah cina dan tamil) dan ini ternyata telah menggagalkan sistem integrasi nasional antara kaum.