Monday, February 2, 2009

Apa nak jadi dgn para cendikiawan melayu ni ???

Nah !! Demonstrasi lagi..! Kali ini oleh NGO-NGO, isunya menentang pengajaran matematik dan sains dalam BI. Para-para cendikiawan melayu terdiri dari pak sasterawan dan pejuang bahasa melayu termasuk Pak Samad dan bekas Ketua Pengarah DBP. Inilah antara kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara oleh mereka yang bergelar cendikiawan.

Harus diingat dunia sasterawan tidak sama dgn dunia ICT, kejuruteraan dan perubatan. Penggunaan BI dlm matematik dan sains langsung tidak menggangu dunia sastera dan tidak melemahkan bahasa melayu.



Jika para pejuang bahasa ingin berjuang dan menegakkan BM, nah masih banyak platfom mereka seperti penggunaan bahasa rojak, lihat dalam blog dan internet hampir 80 % masih guna BI oleh orang melayu sendiri, hakikatnya di Malaysia, bahasa inggeris digunakan dan diamalkan jauh lebih meluas dari BM tidak seperti di Indonesia dan Thailand mereka menggunakan bahasa ibunda dgn meluas.



Memasukki bookstore di Thailand kita akan menemui hampir 100% buku2 dan majalah2 dlm bahasa Thai tapi di Malaysia selain buku2 persekolahan hampir 80% terbitan dlm BI. Bagaimana pula syarat majikan yg memestikan penguasaan bahasa mandarin untuk dapat kerja ? Nah...perjuangkanlah wahai jaguh2 bahasa !!

Wednesday, January 21, 2009

Bagaimana pun UMNO masih releven tapi pemimpinnya, aduh...masih stereotaip !!

"Kita terima kekalahan ini. Ini adalah pilihan rakyat dan membuktikan proses demokrasi masih subur dan kita akan buat post-mortem dan akan mengenal pasti punca kekalahan ini"..Ha..ha..ha, itulah kenyataan para wazir dan menteri tertinggi UMNO bila kalah dalam setiap pilihanraya kecil mahu pun PRU 12, ikut rentak sifu mereka Al Sheikh Badawi.

Saya sayangkan UMNO tetapi bukan pemimpinnya yang ada hari ini. Pemimpin UMNO yang ada kini tidak boleh diharap, ibaratkan harapkan pagar si lembu dibiarkan makan padi. Bersaranya Dr Mahathir maka malaplah UMNO bersama malapnya Malaysia sejak itu. Betul, pemimpin pergi dan berganti, patah tumbuh hilang berganti tapi dalam kontek ini nampak kabur bilakah agaknya parti UMNO akan dapat pemimpin berkarisma seperti Tun Mahathir. Berkarisma di sini bermaksud boleh bercakap dan bertindak dengan tepat dan jitu dan bukanlah seperti Anwar Ibrahim.

Rasanya UMNO masih memerlukan sentuhan Tun Mahathir selepas era Abdullah !!

Tuesday, January 20, 2009

Jangan menari ikut rentak kafir


Kita, yakni umat islam hari ini sebenarnya tiada kesungguhan dan keikhlasan dalam mempraktikkan ajaran Islam. Kita gemar menghabiskan masa membicara dan bertekak tentang perkara yang remeh temeh yang jika ianya dikaitkan dengan islam. Sebagai contoh, Syed Hamid telah meminta peguam negara meneliti dan mengambil tindakan perundangan terhadap Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penterjemahan bible.
Perlukah kita membuang masa ? Kelak jika ada kes prima facie peguam negara pula kena bawa kes ke Mahkamah meminta perintah larangan terhadap Herald Catholic, masa dan tenaga dan wang ringgit lagi terbuang.

Tidakkah kita terfikir mengapa umat dan agama islam dihina dan dijatuhkan martabatnya mutakhir ini ?..dan jika kita gagal mencari natijahnya kita akan terus hanyut dengan pukulan gendang musuh islam supaya kita menari mengikut rentaknya.

Monday, January 12, 2009

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walau pun saya agak kecewa dengan kepimpinan negara hari ini. Kecewa saya kepada kepimpinan negara hari ini tidaklah bermakna saya turut membenci kepada produk kebanggaan negara. Proton, satu-satunya kereta nasional yang melalui pahit maung, liku-liku yang memanjang sebelum berjaya berada pada tahap kini adalah tidak sama dengan perjalanan Perodua atau Naza yang boleh dikatakan agak senang jika dibandingkan. Namun perkembangan mutakhir ini seolah proton dijadikan kambing hitam oleh politik pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Kerajaan Perak dan Selangor sebagai contoh telah berpaling kepad Toyota Camri dengan alasan kos senggaraan yang tinggi walau pun ianya dinafikan oleh Proton. Sila lihat penafian di www.proton.com.my. Sebenarnya kos yang mungkin tinggi adalah berpunca kerana dua sebab, pertama senggaraan yang tidak teratur sebagaimana sepatutnya dan yang kedua mungkin ada berlaku penyelewengan dibengkel dan dengan pihak yang di amanahkan.

Saya nampak politik Pakatan Rakyat terlalu rasis terhadap UMNO sehinggakan apa-apa sahaja peninggalan dan jasa-jasa kerajaan dari buah pemikiran pemimpin UMNO diketepikan dan dipulaukan tanpa disedari oleh mereka bahawa ianya bagaikan satu bentuk penderhakaan kepada negara. Alasannya Proton masih ada kelemahan dan kekurangan.

Mari kita lihat automaker yang telah berjaya sebagai contoh Mazda. Mazda ditubuhkan pada 1920 dan pada 1929 baru mengeluarkan truck komersial dan passenger car pada 1960 (Ranks as one of the leading aotomakers, hq & factory at Hirosshima). (Ford merupakan pemegang saham terbesar mazda dan volvo).

Begitu juga dengan Toyota, sejarah bermula pada 1890 yang dipelupori usaha oleh Sakichi Toyoda dan kemudian dibangunkan oleh anaknya KiichiroToyoda. Kenderaan penumpang pertama toyota pada 1924 dan diikuti pada 1930 dengan truck yang pertama.

Tujuan saya mengungkitkan sejarah automakers di atas adalah supaya pemimpin politik Pakatan Rakyat membuka mata dan bertimbangrasa dengan proton. Janganlah anda hanya menjadi kerajaan pemboikot pruduk Malaysia dan menukar nama jalan sahaja sebagai jasa dan kenangan kerana kelak anda akan jadi pembangkang secara total pada PRU 13 nanti.


Monday, December 22, 2008

Bezanya antara Hudud Islam dan hudud PAS




Utusan Malaysia 22 Disember 2008 (Isnin), melapurkan press statement Husam Musa : "Pas tetap melaksanakan hudud jika berkuasa memerintah". Maklum sajalah lagi dua minggu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Husam perlu berkokok supaya perjuangan teras dan asli parti Pas yang satu ini tak ditelan dek zaman dan tidak lapuk dek hujan. Walau pun sudah sekian lama isu ini tenggelam dek gara-gara menjalinkan pakatan rakyat antara sekutu mereka Parti Keadilan dan DAP. Bagi Pas, tiada cara lain lagi, hudud perlu dan mesti disebut-sebut, dilaungkan dan dinobatkan, walau pun hanya dibibir, kerana penyokong hanya melihat dibibir sahaja namum dalam hati siapa tahu ? Ternyatanya isu hudud ini telah berjaya buat sekian lama memainkan sentimen politik rakyat Kelantan dan buat masa ini Husam tak perlu melangkah mayat Karpal Singh, belum tiba masanya lagi !



Saya ingin bertanya, hudud yang mana satu yang hendak dilaksanakan oleh Pas ? Adakah hudud yang diperintahkan oleh Allah Swt ? Atau hudud Politik Pas ?

Saturday, December 20, 2008

MCA, MIC dan Gerakan : Betulkah mereka ini "anjing UMNO" ?




Bagaimana rasanya perasaan anda atau pun persepsi anda sebagai orang Melayu dan lebih-lebih lagi jika anda seorang ahli UMNO bila parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat melemparkan tuduhan sedemikian. Tuduhan ini memang terjaja secara meluas semasa kempen pilihanraya umum ke 12 Mac lalu dan rasanya retorik ini telah berjaya mempengaruhi sentimen perkauman bukan melayu khususnya dan meraih undi mereka kepada pembangkang.

Semua orang tahu spesis anjing ini kerja utamanya ialah menyalak sehingga ada pepatah, seperti anjing menyalak bukit : ertinya membuat kerja yang sesia, letih sahaja menyalak namun bukit tidak pun runtuh. Tapi anjing ini walau pun kerjanya menyalak adalah demi untuk untuk tuan nya atau lebih jelas kesetiaannya hanya kepada orang yang membelanya.

Tapi jika dibuat analisa secara rambang ada juga kebenarannya tuduhan pembangkang itu. Mari kita buat beberapa andaian sahaja. Pertama, sewaktu Abdullah Badawi (saya lebih suka berterus terang dari berbelit-belit kerana anda semua orang yang bijak pandai belaka) membuat keputusan membatalkan jambatan bengkok kita tidak pun mendengar satu suara "anjing UMNO" ini menyalak bahkan hanya berdiam diri sahaja dan ini menguatkan lagi tuduhan itu. Abdullah bukan sahaja berbohong dengan mendakwa bahawa rakyat Johor membantah pembinaan jambatan bengkok tersebut tetapi sanggup perhabis beratus-ratus juta ringgit duit pembayar cukai dengan sesia bagi membayar pampasan kepada Syarikat Gerbang Perdana sebagai gantirugi beres atas pembatalan tersebut. Orang putih kata we pay for nothing. Tak apalah, bukan duit dari poket dia tapi merompak dari poket rakyat. Politik Abdullah memang kotor, demi kerana dendam kepada Tun Mahathir beliau sanggup mengkhianati amanah rakyat dan bolehkah kita kelaskan pemimpin begini sebagai munafik ?

Begitu juga dengan pembatalan landasan keretapi elektrik berkembar dari utara ke selatan dan beberapa pembatalan lain yang dirancang oleh bekas Perdana Menteri untuk menuju ke arah Wawasan 2020, juga melibatkan pembayaran pampasan yang jika dijumlahkan kesemuanya melebihi satu billion ringgit dan sekali lagi we pay for nothing. Menariknya adakah "anjing UMNO " ini menyalak terhadap "salah laku" Abdullah ? Sebagai parti komponen yang mewakili kaum masing-masing, baik MCA atau MIC atau Gerakan sepatutnya menentang perkara mungkar tersebut kerana ia adalah satu pengkhianatan, baik kepada rakyat Malysia keturunan Cina atau India . Sedihnya Hishamudin yang menghunus dan mencium keris tapi meminta maaf kerana rasa bersalah terhadap orang cina tidak pula rasa bersalah terhadap orang melayu Johor di atas pengkhianatan kerana bersekongkol dengan Abdullah dalam menipu rakyat Johor. Shahril Samad pun nampak telah banyak berubah sealiran dengan perubahan di kepala.

Dari analisa di atas nampak jelas tuduhan yang MCA, MIC dan Gerakan merupakan "anjing UMNO" adalah benar. Satu fakta, anjing tidak menyalak terhadap tuannya !!

Tuesday, December 16, 2008

Perihal keldai tua dan kuda tunggangan DAP dan kambing hitam
















Saya amat kesihan dengan proton, jenama perintis kereta buatan Malaysia. Ianya adalah satu-satunya idea bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang memandang ke hadapan untuk meletakkan negara sebagai pengeluar kereta terkemuka di suatu hari nanti. Proton baru berusia 20 tahun dan jika dibandingkan dengan pengeluar kereta terkemuka Jepun ternyata proton amat muda dan masih hingusan lagi kerana sebagi contoh Honda dan Kia telah menerokai bidang automobile selama lebih 50 tahun. Bagaimana pun jika dibandingkan dengan usia yang muda dan pencapaian proton hari ini kita rakyat Malaysia boleh berbangga cuma mungkin proton agak sedikit kurang dari segi inovasi sebab sebagai contoh jika kita lihat model proton perdana secara exterior nya tidak banyak berubah.

Bagaimana pun terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Proton tentang kos pembaikian atau maintenance yg tinggi bagi proton perdana, sila baca penafian Proton, cari pautan di laman web Proton di http://www.proton.com.my/ . Nampaknya dalam hal ini proton telah dijadikan kambing hitam oleh DAP kerana dendamnya kepada UMNO dan khususnya kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan seperti yang dijangkakan ia turut diratibkan oleh Pas dan PKR.


Rakyat Malaysia telah berkali-kali disuapkan dengan isu kos pembaikan proton perdana yang kononnya tinggi dan justifikasi ini telah diperalatkan oleh seorang menteri besar bagi memenuhi nafsu serakah dengan membeli mercedes untuk kegunaan juak-juak memanda menteri. Akhirnya BPR juga yang meyelesaikan dan membersihkan nama proton. Itu kerenah pemimpin UMNO negeri. Bagaimana pula dengan pemimpin DAP ? Lim Guan Eng seolah macam bersumpah tujuh keturunan pantang bagi kerajaan negeri meneruskan penggunaan proton perdana dan khabarnya akan memilih Toyota camry bagi kegunaan exco pada masa hadapan.

Dan akhirnya tindakan yang sama dituruti oleh Kerajaan Selangor dan Kedah, kerajaan pakatan rakyat. Pas di Kedah seperti keldai tua, sementara PKR di Selangor seperti kuda tunggangan, bolehkah kita menganggap Pas sebagai keldai tua DAP ? Dan PKR sebagai kuda tunggangan DAP ?

Percayalah Pas dan PKR akan mengikut apa sahaja rentak yang dimainkan oleh DAP dan terbaru Nik Aziz mengaminkan papantanda pelbagai bahasa yang dicanangkan Lim Guan Eng. Kononnya bahasa cina telah diajar di sekolah cina, ada surat khabar cina, ada radio cina dan ada bermacam-macam cina lagi dan saya tambah ada orang cina. Sebaik Pas memerintah Kedah, kerajaan negeri pun buka pula ladang babi, kerana ada cina. Saya cadangkan orang cina Kelantan minta dengan Nik Aziz buka satu ladang babi di Kelantan. Natijah di sini ialah Pas akan ikut apa sahaja kemahuan DAP.

Proton ialah kereta Nasional Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia walau pun kita berbeza fahaman politik namun rasa bangga kepada negara tercinta harus ada dalam sanubari kita, dan sebagai menyokong rasa bangga itu ialah dengan menyokong kereta nasional kita dengan mengenepikan fahaman politik sempit.

Proton sering dijadikan kambing hitam oleh pemimpin politik yang tidak jujur kepada negara, sama ada atas sifat kebencian dan dendam atau pun juga untuk memenuhi kehendak nafsu politik mereka.