Saturday, December 20, 2008

MCA, MIC dan Gerakan : Betulkah mereka ini "anjing UMNO" ?




Bagaimana rasanya perasaan anda atau pun persepsi anda sebagai orang Melayu dan lebih-lebih lagi jika anda seorang ahli UMNO bila parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat melemparkan tuduhan sedemikian. Tuduhan ini memang terjaja secara meluas semasa kempen pilihanraya umum ke 12 Mac lalu dan rasanya retorik ini telah berjaya mempengaruhi sentimen perkauman bukan melayu khususnya dan meraih undi mereka kepada pembangkang.

Semua orang tahu spesis anjing ini kerja utamanya ialah menyalak sehingga ada pepatah, seperti anjing menyalak bukit : ertinya membuat kerja yang sesia, letih sahaja menyalak namun bukit tidak pun runtuh. Tapi anjing ini walau pun kerjanya menyalak adalah demi untuk untuk tuan nya atau lebih jelas kesetiaannya hanya kepada orang yang membelanya.

Tapi jika dibuat analisa secara rambang ada juga kebenarannya tuduhan pembangkang itu. Mari kita buat beberapa andaian sahaja. Pertama, sewaktu Abdullah Badawi (saya lebih suka berterus terang dari berbelit-belit kerana anda semua orang yang bijak pandai belaka) membuat keputusan membatalkan jambatan bengkok kita tidak pun mendengar satu suara "anjing UMNO" ini menyalak bahkan hanya berdiam diri sahaja dan ini menguatkan lagi tuduhan itu. Abdullah bukan sahaja berbohong dengan mendakwa bahawa rakyat Johor membantah pembinaan jambatan bengkok tersebut tetapi sanggup perhabis beratus-ratus juta ringgit duit pembayar cukai dengan sesia bagi membayar pampasan kepada Syarikat Gerbang Perdana sebagai gantirugi beres atas pembatalan tersebut. Orang putih kata we pay for nothing. Tak apalah, bukan duit dari poket dia tapi merompak dari poket rakyat. Politik Abdullah memang kotor, demi kerana dendam kepada Tun Mahathir beliau sanggup mengkhianati amanah rakyat dan bolehkah kita kelaskan pemimpin begini sebagai munafik ?

Begitu juga dengan pembatalan landasan keretapi elektrik berkembar dari utara ke selatan dan beberapa pembatalan lain yang dirancang oleh bekas Perdana Menteri untuk menuju ke arah Wawasan 2020, juga melibatkan pembayaran pampasan yang jika dijumlahkan kesemuanya melebihi satu billion ringgit dan sekali lagi we pay for nothing. Menariknya adakah "anjing UMNO " ini menyalak terhadap "salah laku" Abdullah ? Sebagai parti komponen yang mewakili kaum masing-masing, baik MCA atau MIC atau Gerakan sepatutnya menentang perkara mungkar tersebut kerana ia adalah satu pengkhianatan, baik kepada rakyat Malysia keturunan Cina atau India . Sedihnya Hishamudin yang menghunus dan mencium keris tapi meminta maaf kerana rasa bersalah terhadap orang cina tidak pula rasa bersalah terhadap orang melayu Johor di atas pengkhianatan kerana bersekongkol dengan Abdullah dalam menipu rakyat Johor. Shahril Samad pun nampak telah banyak berubah sealiran dengan perubahan di kepala.

Dari analisa di atas nampak jelas tuduhan yang MCA, MIC dan Gerakan merupakan "anjing UMNO" adalah benar. Satu fakta, anjing tidak menyalak terhadap tuannya !!

No comments: