Tuesday, January 20, 2009

Jangan menari ikut rentak kafir


Kita, yakni umat islam hari ini sebenarnya tiada kesungguhan dan keikhlasan dalam mempraktikkan ajaran Islam. Kita gemar menghabiskan masa membicara dan bertekak tentang perkara yang remeh temeh yang jika ianya dikaitkan dengan islam. Sebagai contoh, Syed Hamid telah meminta peguam negara meneliti dan mengambil tindakan perundangan terhadap Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penterjemahan bible.
Perlukah kita membuang masa ? Kelak jika ada kes prima facie peguam negara pula kena bawa kes ke Mahkamah meminta perintah larangan terhadap Herald Catholic, masa dan tenaga dan wang ringgit lagi terbuang.

Tidakkah kita terfikir mengapa umat dan agama islam dihina dan dijatuhkan martabatnya mutakhir ini ?..dan jika kita gagal mencari natijahnya kita akan terus hanyut dengan pukulan gendang musuh islam supaya kita menari mengikut rentaknya.

Monday, January 12, 2009

Saya bangga jadi rakyat Malaysia walau pun saya agak kecewa dengan kepimpinan negara hari ini. Kecewa saya kepada kepimpinan negara hari ini tidaklah bermakna saya turut membenci kepada produk kebanggaan negara. Proton, satu-satunya kereta nasional yang melalui pahit maung, liku-liku yang memanjang sebelum berjaya berada pada tahap kini adalah tidak sama dengan perjalanan Perodua atau Naza yang boleh dikatakan agak senang jika dibandingkan. Namun perkembangan mutakhir ini seolah proton dijadikan kambing hitam oleh politik pembangkang dalam Pakatan Rakyat.

Kerajaan Perak dan Selangor sebagai contoh telah berpaling kepad Toyota Camri dengan alasan kos senggaraan yang tinggi walau pun ianya dinafikan oleh Proton. Sila lihat penafian di www.proton.com.my. Sebenarnya kos yang mungkin tinggi adalah berpunca kerana dua sebab, pertama senggaraan yang tidak teratur sebagaimana sepatutnya dan yang kedua mungkin ada berlaku penyelewengan dibengkel dan dengan pihak yang di amanahkan.

Saya nampak politik Pakatan Rakyat terlalu rasis terhadap UMNO sehinggakan apa-apa sahaja peninggalan dan jasa-jasa kerajaan dari buah pemikiran pemimpin UMNO diketepikan dan dipulaukan tanpa disedari oleh mereka bahawa ianya bagaikan satu bentuk penderhakaan kepada negara. Alasannya Proton masih ada kelemahan dan kekurangan.

Mari kita lihat automaker yang telah berjaya sebagai contoh Mazda. Mazda ditubuhkan pada 1920 dan pada 1929 baru mengeluarkan truck komersial dan passenger car pada 1960 (Ranks as one of the leading aotomakers, hq & factory at Hirosshima). (Ford merupakan pemegang saham terbesar mazda dan volvo).

Begitu juga dengan Toyota, sejarah bermula pada 1890 yang dipelupori usaha oleh Sakichi Toyoda dan kemudian dibangunkan oleh anaknya KiichiroToyoda. Kenderaan penumpang pertama toyota pada 1924 dan diikuti pada 1930 dengan truck yang pertama.

Tujuan saya mengungkitkan sejarah automakers di atas adalah supaya pemimpin politik Pakatan Rakyat membuka mata dan bertimbangrasa dengan proton. Janganlah anda hanya menjadi kerajaan pemboikot pruduk Malaysia dan menukar nama jalan sahaja sebagai jasa dan kenangan kerana kelak anda akan jadi pembangkang secara total pada PRU 13 nanti.


Monday, December 22, 2008

Bezanya antara Hudud Islam dan hudud PAS




Utusan Malaysia 22 Disember 2008 (Isnin), melapurkan press statement Husam Musa : "Pas tetap melaksanakan hudud jika berkuasa memerintah". Maklum sajalah lagi dua minggu pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Husam perlu berkokok supaya perjuangan teras dan asli parti Pas yang satu ini tak ditelan dek zaman dan tidak lapuk dek hujan. Walau pun sudah sekian lama isu ini tenggelam dek gara-gara menjalinkan pakatan rakyat antara sekutu mereka Parti Keadilan dan DAP. Bagi Pas, tiada cara lain lagi, hudud perlu dan mesti disebut-sebut, dilaungkan dan dinobatkan, walau pun hanya dibibir, kerana penyokong hanya melihat dibibir sahaja namum dalam hati siapa tahu ? Ternyatanya isu hudud ini telah berjaya buat sekian lama memainkan sentimen politik rakyat Kelantan dan buat masa ini Husam tak perlu melangkah mayat Karpal Singh, belum tiba masanya lagi !



Saya ingin bertanya, hudud yang mana satu yang hendak dilaksanakan oleh Pas ? Adakah hudud yang diperintahkan oleh Allah Swt ? Atau hudud Politik Pas ?

Saturday, December 20, 2008

MCA, MIC dan Gerakan : Betulkah mereka ini "anjing UMNO" ?




Bagaimana rasanya perasaan anda atau pun persepsi anda sebagai orang Melayu dan lebih-lebih lagi jika anda seorang ahli UMNO bila parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat melemparkan tuduhan sedemikian. Tuduhan ini memang terjaja secara meluas semasa kempen pilihanraya umum ke 12 Mac lalu dan rasanya retorik ini telah berjaya mempengaruhi sentimen perkauman bukan melayu khususnya dan meraih undi mereka kepada pembangkang.

Semua orang tahu spesis anjing ini kerja utamanya ialah menyalak sehingga ada pepatah, seperti anjing menyalak bukit : ertinya membuat kerja yang sesia, letih sahaja menyalak namun bukit tidak pun runtuh. Tapi anjing ini walau pun kerjanya menyalak adalah demi untuk untuk tuan nya atau lebih jelas kesetiaannya hanya kepada orang yang membelanya.

Tapi jika dibuat analisa secara rambang ada juga kebenarannya tuduhan pembangkang itu. Mari kita buat beberapa andaian sahaja. Pertama, sewaktu Abdullah Badawi (saya lebih suka berterus terang dari berbelit-belit kerana anda semua orang yang bijak pandai belaka) membuat keputusan membatalkan jambatan bengkok kita tidak pun mendengar satu suara "anjing UMNO" ini menyalak bahkan hanya berdiam diri sahaja dan ini menguatkan lagi tuduhan itu. Abdullah bukan sahaja berbohong dengan mendakwa bahawa rakyat Johor membantah pembinaan jambatan bengkok tersebut tetapi sanggup perhabis beratus-ratus juta ringgit duit pembayar cukai dengan sesia bagi membayar pampasan kepada Syarikat Gerbang Perdana sebagai gantirugi beres atas pembatalan tersebut. Orang putih kata we pay for nothing. Tak apalah, bukan duit dari poket dia tapi merompak dari poket rakyat. Politik Abdullah memang kotor, demi kerana dendam kepada Tun Mahathir beliau sanggup mengkhianati amanah rakyat dan bolehkah kita kelaskan pemimpin begini sebagai munafik ?

Begitu juga dengan pembatalan landasan keretapi elektrik berkembar dari utara ke selatan dan beberapa pembatalan lain yang dirancang oleh bekas Perdana Menteri untuk menuju ke arah Wawasan 2020, juga melibatkan pembayaran pampasan yang jika dijumlahkan kesemuanya melebihi satu billion ringgit dan sekali lagi we pay for nothing. Menariknya adakah "anjing UMNO " ini menyalak terhadap "salah laku" Abdullah ? Sebagai parti komponen yang mewakili kaum masing-masing, baik MCA atau MIC atau Gerakan sepatutnya menentang perkara mungkar tersebut kerana ia adalah satu pengkhianatan, baik kepada rakyat Malysia keturunan Cina atau India . Sedihnya Hishamudin yang menghunus dan mencium keris tapi meminta maaf kerana rasa bersalah terhadap orang cina tidak pula rasa bersalah terhadap orang melayu Johor di atas pengkhianatan kerana bersekongkol dengan Abdullah dalam menipu rakyat Johor. Shahril Samad pun nampak telah banyak berubah sealiran dengan perubahan di kepala.

Dari analisa di atas nampak jelas tuduhan yang MCA, MIC dan Gerakan merupakan "anjing UMNO" adalah benar. Satu fakta, anjing tidak menyalak terhadap tuannya !!

Tuesday, December 16, 2008

Perihal keldai tua dan kuda tunggangan DAP dan kambing hitam
















Saya amat kesihan dengan proton, jenama perintis kereta buatan Malaysia. Ianya adalah satu-satunya idea bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang memandang ke hadapan untuk meletakkan negara sebagai pengeluar kereta terkemuka di suatu hari nanti. Proton baru berusia 20 tahun dan jika dibandingkan dengan pengeluar kereta terkemuka Jepun ternyata proton amat muda dan masih hingusan lagi kerana sebagi contoh Honda dan Kia telah menerokai bidang automobile selama lebih 50 tahun. Bagaimana pun jika dibandingkan dengan usia yang muda dan pencapaian proton hari ini kita rakyat Malaysia boleh berbangga cuma mungkin proton agak sedikit kurang dari segi inovasi sebab sebagai contoh jika kita lihat model proton perdana secara exterior nya tidak banyak berubah.

Bagaimana pun terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Proton tentang kos pembaikian atau maintenance yg tinggi bagi proton perdana, sila baca penafian Proton, cari pautan di laman web Proton di http://www.proton.com.my/ . Nampaknya dalam hal ini proton telah dijadikan kambing hitam oleh DAP kerana dendamnya kepada UMNO dan khususnya kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan seperti yang dijangkakan ia turut diratibkan oleh Pas dan PKR.


Rakyat Malaysia telah berkali-kali disuapkan dengan isu kos pembaikan proton perdana yang kononnya tinggi dan justifikasi ini telah diperalatkan oleh seorang menteri besar bagi memenuhi nafsu serakah dengan membeli mercedes untuk kegunaan juak-juak memanda menteri. Akhirnya BPR juga yang meyelesaikan dan membersihkan nama proton. Itu kerenah pemimpin UMNO negeri. Bagaimana pula dengan pemimpin DAP ? Lim Guan Eng seolah macam bersumpah tujuh keturunan pantang bagi kerajaan negeri meneruskan penggunaan proton perdana dan khabarnya akan memilih Toyota camry bagi kegunaan exco pada masa hadapan.

Dan akhirnya tindakan yang sama dituruti oleh Kerajaan Selangor dan Kedah, kerajaan pakatan rakyat. Pas di Kedah seperti keldai tua, sementara PKR di Selangor seperti kuda tunggangan, bolehkah kita menganggap Pas sebagai keldai tua DAP ? Dan PKR sebagai kuda tunggangan DAP ?

Percayalah Pas dan PKR akan mengikut apa sahaja rentak yang dimainkan oleh DAP dan terbaru Nik Aziz mengaminkan papantanda pelbagai bahasa yang dicanangkan Lim Guan Eng. Kononnya bahasa cina telah diajar di sekolah cina, ada surat khabar cina, ada radio cina dan ada bermacam-macam cina lagi dan saya tambah ada orang cina. Sebaik Pas memerintah Kedah, kerajaan negeri pun buka pula ladang babi, kerana ada cina. Saya cadangkan orang cina Kelantan minta dengan Nik Aziz buka satu ladang babi di Kelantan. Natijah di sini ialah Pas akan ikut apa sahaja kemahuan DAP.

Proton ialah kereta Nasional Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia walau pun kita berbeza fahaman politik namun rasa bangga kepada negara tercinta harus ada dalam sanubari kita, dan sebagai menyokong rasa bangga itu ialah dengan menyokong kereta nasional kita dengan mengenepikan fahaman politik sempit.

Proton sering dijadikan kambing hitam oleh pemimpin politik yang tidak jujur kepada negara, sama ada atas sifat kebencian dan dendam atau pun juga untuk memenuhi kehendak nafsu politik mereka.

Tuesday, December 9, 2008

TIDAK BELAJAR ATAU ENGGAN BELAJAR ADALAH KESILAPAN BESAR DALAM HIDUP




Betulkah, kita tidak belajar atau tidak pernah mengambil iktibar dari kejadian-kejadian malang, sedih dan duka di masa lalu ? Atau sememangnya kita tidak mahu ? Atau kah kita ini punya tahap kesedaran terlalu rendah sama dengan orang yang tidak bertamadun setaraf dengan penduduk Timor Leste ?

Marahlah kita dan riuh sekampung, jika kita dituduh demikian. Kita kan rakyat Malaysia, negara yang telah maju, jauh lebih maju jika dibandingkan dengan kebanyakan negara di Afrika, apa lagi jika dibandingkan dengan negara Timor Leste yang baru belajar demokrasi, tentulah macam bumi degan langit. Orang Timor Leste nak buat apa pun tak pandai yang hanya tahu tanam pisang dan jagung sahaja sedangkan kita dah buat kereta dan macam-macam lagi.


Tragedi Highland Tower 1993, 15 tahun dahulu telah mengorbankan banyak nyawa dan amat memilukan dan kini Bukit Antarabangsa. Jarak masa antara dua tragedi ini ialah 15 tahun, jika diambil kira, adakah Projek Bukit Antarabangsa ini dibina selepas tragedi Highland Tower ?



Adakah kerana kecuaian atau rasuah atau tangan-tangan politik disebalik kelulusan projek-projek perumahan lereng bukit seperti ini ?

Apakah jalan penyelesaian supaya ia tidak berulang ? Atau adakah ia akan terus berulang dan berulang lagi ?

Friday, December 5, 2008

Amal makruf nahi mungkar DAP ?











Hari ini 6 Disember 2008, ada 25 hari lagi masuk lah tahun baru 2009 dan 19 hari lagi tibalah hari Natal yg bakal disambut oleh umat kristian di Malaysia dan seluruh dunia. Lebih afdal lagi ialah kita umat Islam akan menyambut Aidiladha mungkin pada 8 Disember iaitu hari lusa.
Ada orang bila menjelang tahun baru masihi maka sebuklah dgn azam atau azam-azam yang baru dan azam-azam ini pelbagai. Tidak mengapa tapi pastikan dulu azam yg lama itu telah tercapai..Selamat berjaya.

Pagi ini saya buka internet terbaca berita Utusan Malaysia : Ketua pemuda Pas P. Pinang membantah penganjuran I-Dance, kalau tak silap saya. Tapi apa yang menarik hati saya untuk memberi komen dan pandangan di sini ialah tentang dakwaan Ketua Pemuda Pas bahawa konon-kononnya Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak patut meneruskan penganjuran tersebut kerana ia tidak mendatangkan munafaat dan bertentangan dengan slogan Ketua Menteri itu yang dilaung-laungkan ia itu "amal makruf nahi mungkar" dan sejajar dgn penerimaan konsep Khalifah Omar Abdul Aziz.

Nah..baru kita tahu sekarang sudah ada pun amal makruf nahi mungkar dan Khalifah Omar Abdul Aziz dalam DAP bagaimana pula dengan UMNO ? Jangan anda ketinggalan pula !

Pas bukannya tak tahu dan haruslah diingat, Islam dengan Budha, Kristian dan Hindu tidak sama. Janganlah menunjukkan kebodohan kita kononnya memperjuangkan Islam tapi nampak sangat kejanggalannya. Amal makruf nahi mungkar dalam Islam tentulah tidak sama dengan selera Lim Guan Eng kerana beliau orang Cina beragama Budha. Guan Eng boleh makan babi, boleh minum arak, boleh berzina dan boleh I-Dance...dan menariknya Lim Guan Eng selalu sangat melaungkan kerajaannya mengamalkan dasar-dasar Khalifah Omar Abdul Aziz. Tapi seperti apa yang kita nampak hanyalah menukar nama atau mengalih bahasakan nama-nama jalan ke multi bahasa.

Tidak mengapalah kerana orang cina Malaysia generasi baru bukanlah kaum yang berjaya seperti generasi mereka yg terdahulu dan mereka lebih suka perkara remeh temeh, jadi sesuailah degan tidak tanduk ketua menteri mereka dan Melayu Pas pun sudah keliru semenjak terbentuknya Parti Keadilan Rakyat iaitu pakar gangguan personaliti orang melayu. Ternyata cina malaysia adalah bangsa yang rasis.

Apa pula pandangan anda ?